• Facebook
  • Instagram
  • Youtube

Thursday, 31 March 2016

Aku adalah Kamu

Tidak dapat dinafikan yang akan satu masa kita diuji dengan orang sekeliling kita, yang sebenarnya bukanlah sangat tentang mereka, namun kita sendiri yang bertarung dengan hati dan jiwa masing-masing untuk dapatkan lapangnya dada itu, 

Maka aku juga tidak terlepas. 

Namun, lebih manis jikakita bincangkan secara umum agar perkara ini dapat dimuhasabah bersama. 

Mungkin ada di kalangan sahabat kita yang ramai-ramai, perangai dan perilakunya agak lain dari yang lain , orang kampung kita kata 'rare' atau bahasa kurang manisnya 'annoyying'. Dan perbuatan dia tu buat kita malah orang sekeliling kita merasakan ketidakselesaan itu. Ya ia sangat tidak selesa. Saya akui perkara itu. 

Namun, setiap apa yang diterjemahkan oleh seseorang individu itu pasti ada ceritera di sebaliknya. Dan kita bersetuju, boleh dikatakan kebanyakan mereka-mereka yang bertindak luar dari kawalan ini biasanya kurang perhatian dan kasih sayang terutamanya keluarga. Dan mungkin juga persekitaran dia yang sebelum ini membuatkan dia bertindak demikian. Tidak perlu untuk saya ceritakan apa perilaku yang tidak menyenangkan itu, sebab bukan senang nak diterjemah dengan bahasa. Bicaranya terkadang pada gerak geri, lirikan mata, dan malahan sunyi dan diam terkatup mulut itulah ungkapannya. 

Saya sendiri mengambil masa untuk memahami semua ini. Terkadang hanya diam membisu dan buat tak tahu dan teruskan sahaja kerja-kerja saya. 

Tapi sebetulnya bukan begitu, nak tak nak kita perlu mulakan harmoni dalam dua hala komunikasi itu. Kita perlu ada usaha ke arah itu. Kita perlu rasa untuk berbaik-baik dengan dia. Sebab berkenaan tentang hati. Tentang suci atau tidak hati kita. Hati yang bersih dapat memancarkan sinaran harmoni kepada semua orang hatta kepada sesiapa sekalipun, contoh paling dekat Nabi Kesyangan kita, Rasulullah. 

Oleh itu sahabat, bergeraklah perlahan-lahan untuk memahami sang sahabat kita yang itu. Jika kitamahu paksa dia memahi kita, nak puaskan hati kita untuk hilangkan ketidakselesaan itu, aku kira kadang-kadang dia sendiri tidak mampu untuk menafsir apa yang berlaku. Malahan mungkin dia sendiri tidak sedar dan tidak tahu pula itu salahnya. Boleh jadi jika berterus terang malah dia minta maaf tapi itulah tidak ada salahnya pada dia sebenarnya, kerana dia tiada pesimis terhadap kita sedangkan kita dilanda kesumat buruk itu.

Apa-apa yang berlaku terutama dengan hubungan sesama manusia, itu semua berbalik pada kita. Pentingkan diri sendiri, Merajukkan hati pada orang lain, hanya merembeskan gelombang-gelombang negatif sahaja. Kerana akhirnya gelombang itu berbalik pada kita, berbalik pada peribadi sebenar kita.

Percayalah hati yang baik, yang murni dan lapang dadanya, pasti akan senang sahaja dengan sekelilingnya. Akan mudah sahaja komunikasi nya sesama manusia yang lain. 

Aku akhiri dengan satu hadis ( Hadis ke-27 Imam Nawawi)



Daripada Nawas bin Sim’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang megusik  jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya “

(Riwayat Ahmad 4/228, al-Bukhari dalam al-Adab no.295 dan Muslim no. 2553)

0 comments:

Post a Comment

Contact

Get in touch with me


Adress/Street

12 Street West Victoria 1234 Australia

Phone number

+(12) 3456 789

Website

www.johnsmith.com