Oh Ohana Ku!
Rasanya dah berkurun dah aku tak menulis menaip panjang lebar dekat blog ni. Tapi tiba-tiba selepas dari asssigment ICT baru-baru ni ( buat webstite) aku terfikir untuk menulis semula. Dulu aku menulis tapi aku 'merahsiakan' blog aku sebab malu nak kasi orang baca. Haha.
Sebelum aku pergi panjang lebar, lebih baik terus pada tajuk hari ini! Kang melalut singgah simpang sana sini.
Dalam 4 tahun yang lepas, aku ingat lagi pernah tengok satu movie ni, nama movie tu Lemonade Mouth. Dia berkisar tetang lima orang pelajar sekolah menengah ( bidang muzik) dipertemukan di kelas tahanan dan akhirnya mereka dapat menubuhkan band sendiri atas bakat masing-masing. Masa tu pernah lah terfikir, bestnya lah kalau ada team sendiri dalam dunia muzik ni. Bukanlah muzik lagha-lagha tu, cuma terfikir mungkin untuk kumpulan nasyid sendiri. Sejak dari sekolah rendah, menengah aku tak pernah masuk apa-apa pun pertandingan nasyid. Tapi minat menyanyi itu adalah sikit-sikit. Itupun acah-acah je.
Hinggalah masuk tahun 2016!
Detik bermulanya langkah aku ini, sewaktu itu aku khusyuk (lah sangat, hee) mengulang Al-Quran, tiba-tiba ada sister ni ketuk pintu SDD, dia mai lah kata tanya 'Umm, ada audition nasyid ke kat sini?' . Haha aku jawablah tak tau, sebab tak tau apa-apa pun hari tu ade ujibakat nasyid. Tapi kat luar macam riuh rendah jugak macam ada orang dok berkumpul-kumpul.
Pastu nampak macam nak sesak semacam je, keluarlah pi depan klinik, tiba-tiba sister tu mai balik tapi kali ni lain pulak, ' Akak, akak tau tak kat dalam ada audition nasyid tak? Sebab kita tanya sister kat dalam tu dia kata dia tak tau, huhu, akak tau tak". Dik oi, Akak lah yang kau tanya tadi. Hahaha. Geli hati. Sister tu Nadhirah Ishak namanya. Malu segan tak bertempat dia masa tu. Tapi nak dijadikan cerita, akhirnya setelah dipengaruhi oleh motivasi, kata-kata semangat aku pun masuk sekali audition ( tak taww nak habaq apa) dan hentam saja nyanyi lagu yang aku tau. Aku taknak sebut lagu apa yang aku bawak sebab nanti kalian gelak. Dan berdebar nya jiwa waktu tu membuatkanlah pitching lari. Tak buat sehabis mungkin. Hentam saja. Sebab memang tiada niat yang jelas dan harapan pun waktu tu.
So, selang 2-3 minggu lepas tu , rasa terkejut dan teruja lah akhirnya dipilih walaupun aku rasa macam kelakar dan tak layak. Dan akhirnya tarikh keramat 10 Januari 2016, kami semua dipertemukan dalam satu team, baik lelaki dan perempuan. Organisasi pun dibentuk, diketuai oleh Mukmin dan pembantunya adik kesayangan aku Nadhirah!
Mungkin ujibakat hari tu, aku berniat utk vokalis, tapi last-last volenteer sebagai perkasyen. Sebab perkasyen sister tak cukup orang. Jenuh mencari orang, tapi macam tak dapat sambutan. Vokalis pulak dah cukup. So akhirnya aku disatukan dengan team perkasyen yang sangat-sangat cool, nama diberi Syafiqah, Anisah dan Bell!
So dalam team kami, ofkos lah ada tenaga pengajarnya. Cikgu2 kami ialah Cikgu Fikri( Law, 24), Kak Yaya ( BEN, 24) dan Bro Ariff ( ARCOM, 22). Muda lagi depa ni, tapi hebat-hebat belaka. Orang seni katakan. Cikgu Fikri, lebih pada vokalis tapi masih mengajar perkasyen juga, tapi kami banyak berlatih bersama Bro Arif, baik team laki atau perempuan. Ha! Btw, setelah syura kami bersepakat memberi nama team kami Aifa Haura (sister) dan The Prestige (brothers)!
Kalau nak suruh cerita satu hari demi sehari sepanjang berlatih, memang tak menang tangan aku nak menaipnya. Aku dapat simpulkan, banyak bendlah yang aku belajar. Berketuk bergendang ni satu ilmu baru buat aku, dan bagi aku satu aungerah sebab akhirnya lepas belajar boleh kata jatuh cinta jugaklah main perksyen ( walhal banyak benda aku tak tau sebenarnya). Aku sekadar belajar asas ja nak ketuk Bongo, Darbuka dan Gjembe. Sangat asas, tapi aku enjoy, Alhamdulillah. ;)
Masa awal-awal belajar, memang kene praktis dengan brothers sekali lah, aku takleh lupa belajar art upbeat downbeat , main tepuk-tepuk tangan, itu pun fail. Pastu diikuti dengan ketukan asas Calypso, Tumbow, Marmara, Afro, Bomba dan Afushe. Time berlatih konfirmlah ada time kene marah, kena jerkah, kene bahan, terkadang bad mood, terkadang terasalah, rasa penat lah, rasa susahlah. Macam-macam perasaanlah yang kami lalui. Tapi itu semua lumrah dan sebenarnya satu anugerah, sebab apa tanpa bercampur baur perasaan takkan terasa betapa nikmatnya berganding bahu dalam satu pasukan.
Satu benda yang paling berharga dalam belajar main perkasyen ni ialah ISTIQAMAH. Kenapa istiqamah? Kerana setiap kali irama muzik bermain seiring dengan lagu yang dinyanyikan perlu jaga tempo sebaiknya, kalau lari tempo (tak constant) maka kurang mantap lah satu persembahan tu. Begitu usahanya nak menjaga tempo dalam menghasilkan irama yang terbaik, maka adakah kita berusaha menjaga istiqamah kita dalam hal-hal kebaikan terutama tarbiyyah fardhiyyah. Hah kau, bertazkirah aku kat sini. Hehe.
Lupa pulak, selain cikgu-cikgu ada dua orang adik manis dari Kedah mai tolong ajaq kami juga. Nama depa Fifi dan Deena. Baguih depa ni. Hebat, dari kumpulan Ajmal Amany. Antaranya Johan dalam pertanding Bintang Mukmin. Yang Fifi tu, kalau hang dengaq dia buat Slap, tersentap telinga mendengar! Dan macam lelaki dah Slap ni, Aku sampai sekarang slap pun fail, tu dapat main bongo je. Hahaha.
Detik-detik terakhir kami sebelum menjejakkan kaki kami ke Kolej Islam Insaniah di Kedah, sempena Amal Islami IPTIM 2016, seminggu tu dalam dua tiga hari memang pulun habis kat SDD, buat reheasel. Speakers, mic, perksayen semua memang set up penuh kat luar dan berlatih strainght untuk dua-dua buah lagu. Aifa Haura bawa lagu Lebaran Kejayaan, Farid Sanullah dan Melodi Keamaan, The Prestige pula lagu Zikir Susah Senang,Inteam, dan Keamanan. Hari-hari tarakhir tu juga ada potluck, uruskan baju nasyid, dan paling penting buat sesi maaf bermaafan sesama kami. Tak lupa juga minggu tu kami ada raptai di AMF ( waktu tu siap ada derma darah/talk) untuk dapatkan feel beraksi di atas pentas!
Akhirnya, tibalah kami di medan perjuangan, Aifa Haura pada pagi Sabtu manakala The Prestige pada malam harinya (kemuncak).Tarikh keramatnya ada 19 Februari 2016! Alhamdulillah setiap kali tiba turn masing-masing ada sahaja kata-kata semangat dan dorongan dari cikgu malah sesama team. Dan bermula di IPTIM lah kami sepakat menggabungkan dua team menjadi satu nama AIFA PRESTIGE. Aku rasa nama tu sedap sangat. Serius tak tipu. Kami tak merangkul gelaran JOHAN atas kertas keputusan, alhamdulillah Tempat Kedua dan Ketiga menjadi genggaman kami, tetap menjadi satu kebanggaan. Alhamdulillah.
Kepada :
Wani, Nad, Hamra, Ainan, Nas, El, Syaf, Nisah, Bell,
Tak lupa pada team Prestige
Najaa, Paan, Ammar, Hafiz, Megat, Afiq, Mukmin, Umar, Joe dan Fikri
Dan paling dihormati
Cikgu Fikri, Kak Yaya dan Bro Ariff,
Terima Kasih akan segala kenangan ini.
Jika Lemonade Mouth ada 5 team members,
Namun aku dikurniakan 20 team members bersempena ulang tahun ku ke 20 pada tahun ini 2016
yang sangat berharga.
Alhamdulillah atas pertemuan ini.
Oh, Ohana Ku! Aifa Prestige
AIFA PRESTIGE OHANA
100116-210216